Kenapa Mahu Jadi Doktor

Kenapa Mahu Jadi Doktor

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

doctor

Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI – HARGA – KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

2 Comments »

  1. avatar comment-top

    salam

    saya nak mtk pandangan shbt2 mgenai kerajaya sebagai seorang Dr perempuan@ Dukturah.. yang katanya sanagt sibuk (wallahua’lam..belum lalui fasa tersebut)

    saya still belajar dalam bidang ni di Fak perubatan,Tahun5, HUKM

    jika anda lelalki, apa pandangan anda jika telah djodohkan isteri anda adalah seorang Dr? yang mitosnya snagat sibuk, n xkan dapat mgurus rumah-ttangga dengan baik

    ..bakal Dr yang risaucomfort
    -kaklong_srikandi-

    Original posting : ILUVISLAM.com-Apakah risiko menjadi seorang doktor-forum
    ******************************************************************

    secangkir respon :-

    Assalamua’laikum wbt.

    Untuk kak Long, Alhamdulillah, sikit lagi nak bergelar Dr, selamat berusaha.
    semoga berjaya menjadi doktor terbaik nanti untuk Ummah k =) Insyaallah.

    Pada pendapat ana, jika nak bincang tentang risiko, setiap perkara yang kita lakukan memang tidak dapat lari dari risiko. Bukan doktor sahaja, jika berada di bidang-bidang yang lain seperti guru, arkitek, ustaz, tentera marin dan sebagainya turut berdepan dengan pelbagai risiko masing-masing, yang mungkin jauh lebih besar dari kehidupan seorang yang bergelar doktor yang tidak kita ketahui melainkan diri sendri merasainya. Semuanya mempunyai cabaran masing2.

    Pepatah ada mengatakan “Andai takut dengan risiko, Usah bicara tentang perjuangan”..
    Dalam maksudnya. Nak berjuang, ada pengorbanan yang perlu dihulurkan. Nak Syurga, ada ‘harga’ yang perlu dibayar.. Justeru jangan takut jika seringkali tidak mendapatkan ‘rehat’ yang cukup di dunia.. bersibuk2lah sekarang, mudahan kelak kita akan bertemu rehat yang lebih abadi di akhirat sana insyaallah.

    [saja bagi semangat pada seorang doktor =) ] caiyok2…

    Bila bergelar seorang doktor, ia tidak hanya pada gelaran “Dr” dipangkal nama anda, dan MBBS atau MD @ MbChB dibelakangnya. Tapi doktor mempunyai tanggungjawab yang besar kepada orang lain. Anda tidak bekerja untuk hidup anda sendiri, tetapi anda sedang berdepan dengan nyawa dan ‘kehidupan’ orang lain. Kesediaan untuk membantu, keikhlasan untuk berkorban masa dan tenaga, kepakaran ilmu dan kesabaran dalam berhubung dengan manusia adalah suatu pengorbanan yang sangat dituntut dari jiwa seorang doktor. mungkin agak hectic pada permulaannya, terutama ketika bergelar HO dan MO. malah dari zaman belajar lagi memang susah. Tapi insyaallah, jika anda meyakini manfaatnya sungguh besar untuk Ummah.. Anda akan bermotivasi untuk meneruskan perjuangan ini. Apatah lagi jika anda bercita-cita besar menjadikan lapangan ‘doktor’ ini sebagai medan untuk anda berdakwah dan membawa manusia kembali kejalan Allah. amatlah besar pahalanya. Janganlah terlalu khuatir dengan risiko2nya, persediakan diri dengan mental dan fizikal yang kuat, insyaallah semoga semuanya kuat menempuh dugaan yang mendatang.

    Yakinlah, Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kesanggupannya. =)

    Bayangkan jika semua wanita di dunia ini tidak mahu memilih profesion doktor ini, kerana takutkan risiko2 yang mendatang dan takut tidak mampu memberi kepuasan kepada diri, [takut terlalu sibuk, takut x dapat luangkan masa bersama keluarga, takut itu dan ini dan sebagainya,] maka tidak akan adalah doktor-doktor wanita. Betapa kasihan kepada muslimah-muslimah di luar sana atau kaum ibu dan wanita yang lain, yang mungkin lebih memerlukan pertolongan kita untuk merawat mereka. Inilah satu kefardhuan Fardhu kifayah yang ana begitu rasakan dari sudut keperluan menjadi seorang doktor Muslimah.

    Malah telah ramai doktor wanita atau muslimah yang membuktikan mereka berjaya menjadi doktor yang baik, malah anak dan isteri yang baik juga kepada keluarga.
    =) Mereka boleh survive, malah tidak kurang yang menjadi icon terbaik masyarakat dan keluarga. Tidak mustahil semua itu kerana doktor juga seorang manusia. yang penting bagaimana kita menguruskan masa dan kehidupan untuk menjadi hamba Allah dan khalifahNya yang terbaik walau apa saja posisi kerjaya kita.

    Bercita-citalah untuk menjadi yang “nafiun lighairihi”, yakni yang bermanfaat kepada masyarakat.. dan insyaallah, doktor salah satu cabang yang anda semua muslimat boleh pilih untuk merealisasikan misi terbesar ini.

    Orang terpilih ‘kena lebih’… Jgn takut untuk bermimpi & menjadikannya satu realiti.

    p/s: utk rmhtangga, ana sarankan para bakal2 dukturah berbincanglah baik2 dengan suami terutamanya dari masa awal pemilihan calon lagi. Kesefahaman itu penting. andai kita saling meyakini bahawa tiada apa yang lebih diutamakan melainkan redha Allah, pasti keduanya akan saling memahami kerja dan pengorbanan pasangan juga adalah kerana Allah.. insyaallah keduanya akan saling menyokong dan membantu antara satu sama lain walau sebesar mana dugaan yang mendatang..malah x mustahil pasangan siap menjadi penasihat terbaik kita.. =) Insyaallah sama2lah doakan dpt pasangan yang sporting dan memahami

    Salam perjuangan untuk semua doktor2 muslimat or doctor-to-be.
    Buktikan yang anda can do d best and give d best in everything..

    Always begin with d end in mind.

    Jadikan kerja sebagai sebuah ibadah, tasbih2 pengabdian menuju Tuhan.
    Mudahan dipermudahkan semuanya. Insyaallah..

    FOkus, dan Mujahadah menujunya. Koreklah kembali sehingga ke dasarnya :-
    “Apa tujuan anda menjadi seorang Doktor”..

    Slmt menjadi doktor kepada ummah!insyaAllah

    -Ahyana-
    Medik team ILI

    comment-bottom
  2. avatar
    misz...arryana... Says:
    January 7th, 2010 at 3:36 pm
    comment-top

    ellopz..
    nice 2 meet u..
    skrg my age br aje msk 18 years old..
    n ngah 2ggu result spm..
    sy suke sgt2 ngan ur opinion bout why u want 2 be a doctor..
    ok..sy nk mimx pndgn..sy btl2 minat pkara yg berkaitan ngan medik especially forensik..tp in high shcool sy x brape ske ngan subjek biology..

    sy lam fantasi untk memilih bidg yg sy perlu amik n also think bout my future..
    soalan sye ialah adkh org yg mcm sy ni layak untk mjdi doc or bnda yg berkaitan ngan medik?????
    wlupun sy x bgtu minat ngan biology?????sy ada bakat..sy brani n ske n pd bnda yg mncbr..sy ingin mlkukan sesuatu pkrjaan i2 ngn mncbr..bkn hny menggu arhan shje..
    plez help me…
    mybe soaln sy nie trlalu sukar untk dfhami..
    tp ni adlah jujur n sy dlm perjlnan mnuju kmtangan n dunia kdewasaan..
    so sy prlu n advice or som opinion untk support sy..
    thanz..

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment