Medik @ iLuvislam.com

Tips Kesihatan di Bulan Ramadhan
Sedikit tips kesihatan sempena bulan ramadhan yang mulia ini.

LAKUKAN

Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia / kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan

Makan makanan yang lambat hadam terutamanya waktu sahur, yang mampu bertahan selama 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber

Minum banyak air suam untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan / dehidrasi

Mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan

ELAKKAN

Tidak makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka dan sahur. ia akan menyebabkan badan korang rasa letih dan malas.

Tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan selama 3-4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam adalah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih, dan sebagainya.

Mengurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. ia menyebabkan ketidakhadaman, sakit perut dan penambahan berat badan

Tidak meminum teh secara berlebihan kerana ia mengandungi theophylline yang menyebabkan kita kerap membuang air.

Cubalah amalkan

Selamat berpuasa!

sedikit tips kesihatan sempena bulan yang mulia ini.

LAKUKAN

makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia / kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan

makan makanan yang lambat hadam terutamanya waktu sahur, yang mampu bertahan selama 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber

minum banyak air suam untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan / dehidrasi

mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan

ELAKKAN

tidak makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka dan sahur. ia akan menyebabkan badan korang rasa letih dan malas.

tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan selama 3-4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam adalah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih, dan sebagainya.

mengurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. ia menyebabkan ketidakhadaman, sakit perut dan penambahan berat badan

tidak meminum teh secara berlebihan kerana ia mengandungi theophylline yang menyebabkan kita kerap membuang air.

Haha   cubalah amalkan okay   selamat berpuasa!

Selamat Datang ke Medik @ iLuvislam.com
Selamat datang ke Medik.iLuvislam.Com. Komuniti Pelajar Perubatan & Doktor Seantara Dunia. Anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli. Sebarang cadangan dan idea bolehlah dihantar di ruangan yang telah disediakan di forum atau klik DI SINI. Terima kasih atas kerjasama anda.

H1N1: Doktor gagal patuhi garis panduan akan disoal siasat.
PUTRAJAYA: Doktor yang gagal mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan bagi mengesan jangkitan Influenza A (H1N1) lebih awal akan dipanggil untuk disoal siasat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata, siasatan itu bukan bertujuan untuk menghukum tetapi untuk memahami mengapa mereka tidak mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan dan menurutnya siasatan akan dilakukan pasukan dari Bahagian Kawalan Penyakit.

“Kalau masih ada doktor yang tak patuh garis panduan kementerian, kita akan panggil doktor itu, tanya sama ada dia faham atau tak (dengan garis panduan yang diberikan).

“Sesetengah mereka mungkin tidak faham, seperti dalam kes yang meninggal dunia dalam 24 jam (kematian pertama H1N1), pesakit berjumpa doktor dan selepas satu jam, dia meninggal dunia. Jadi saya mahu tahu daripada doktor, adakah anda periksa pesakit? Jika berbuat demikian kenapa tidak direkodkan dalam kad jabatan pesakit luar…saya mahu tahu,” katanya selepas merasmikan Simposium Imunologi Klinikal di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian terhadap doktor yang gagal mematuhi garis panduan pemeriksaan Influenza A (H1N1) seperti mana yang ditetapkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A (H1N1) semalam.

Garis panduan itu antara lain menetapkan semua kes pneumonia yang teruk perlu diambil sampel tekak untuk ujian Influenza A (H1N1) dan dimulakan rawatan antiviral kerana terdapat kegagalan oleh doktor dalam mengesan penyakit itu lebih awal dalam empat kes kematian akibat H1N1 yang direkodkan setakat ini.

Dr Mohd Ismail berkata, kesemua doktor boleh mengikuti perkembangan terkini penyakit itu melalui Internet manakala semua arahan kementerian dipaparkan di laman web kementerian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mana-mana doktor yang tidak mempunyai komputer supaya membelinya bagi membolehkan mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa jangkitan itu terutama arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kementerian.

“Saya diberitahu sesetengah doktor tidak mempunyai komputer sendiri, jadi tolong beli, layari internet dan laman web (kementerian) supaya mereka mengetahui perkembangan terkini daripada segi menguruskan pesakit mereka, dan ia bukan untuk H1N1 saja, ia juga untuk pembangunan profesional berterusan (CPD).

“Dapatkan maklumat mengenai garis panduan bagi tamiflu, mengenai pemakaian topeng, mengenai memeriksa pesakit, semuanya ada (dalam laman web kementerian). Tidak ada alasan untuk berkata mereka tidak tahu apa-apa,” tegasnya.

Ditanya sama ada siasatan sudah dilakukan bagi empat kes kematian H1N1 sebelum ini, Ismail berkata, setakat ini doktor yang terbabit hanya diberikan peringatan, dan tindakan seterusnya bergantung kepada perkembangan mereka selepas ini.

Dr Mohd Ismail juga berkata, doktor juga tidak boleh enggan merawat pesakit yang menghidap penyakit sama dengan influenza (ILI) yang datang mendapatkan rawatan kali kedua dan menurutnya pesakit boleh mendesak untuk diuji bagi H1N1 ketika mendapatkan rawatan kali kedua jika selesema mereka masih belum sembuh.

Mengulas satu kes di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di mana pesakit asma yang disyaki dijangkiti H1N1 dan mahu berjumpa doktor tetapi sebaliknya diminta pulang ke rumah dan berehat, katanya beliau akan merujuk kes itu dengan HKL.

“Kita akan nasihat doktor-doktor kita sekiranya seseorang itu datang balik selepas diberi rawatan mulanya, dan sekiranya ada asma dan sebagainya patut diberi perhatian lebih,” katanya.

Mengenai simposium itu, Dr Mohd Ismail berkata, kerajaan mahu melahirkan lebih banyak pakar imunologi berikutan negara kini kekurangan pakar berkenaan.

sumber: Bernama

Doa Rasulullah Merawat Jerawat
Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,

“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:

“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”

Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini

Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi

Zarirah sendiri sebenarnya adalah ubat India (berbentuk wangian) dibuat dari sari batang pokok zarirah. Sifatnya panas dan kering, berguna bagi mengatasi radang perut, lever dan kekurangan cecair tubuh bahkan juga dapat menguatkan jantung.

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa dia menceritakan,

“Aku menyapu minyak wangi kepada Rasulullah, sementara aku memegang minyak wangi zarirah, iaitu pada Hajjatul Wada’ untuk melakukan tahallul dan ihram”

Jerawat atau dalam bahasa Arabnya batsrah adalah sejenis benjolan kecil terdiri daripada zat panas dan tumbuh secara semulajadi atau alamiah. Biasanya menghinggapi suatu bahagian tubuh, ia perlu ditunggu agar agak matang, baru dipecahkan untuk dikeluarkan isinya. Zarirah pula mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia dapat mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, selain juga memberikan bau wangi. Ubat ini dapat mendinginkan panas jerawat. Oleh sebab itu penulis al-Qanun (Zad al-Ma’ad ms 100) ada menyatakan,

“Tidak ada ubat yang saya rasa lebih baik untuk meredam panas daripada zarirah yang dicampur dengan air mawar dan cuka”

Artikel di atas dipetik daripada At-Tibbun Nabawi karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah (Terjemahan Abu Mazaya Al Hafiz “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah)

Minyak Zarirah

Menurut perubatan Ayurveda India, terdapat satu sahaja herba ayurveda berkaitan zarirah iaitu Qasabuz-zarirah. Juga dikenali sebagai Chirayata, zarirah dikatakan mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan mahupun dalam bidang ayurveda sendiri.

Pohon Chirayata, atau nama saintifiknya Swertia chirata merupakan kelompok pohon hiasan dari family Gentianaceae. Kajian yang dilakukan oleh sebuah badan penyelidikan barat, Gentian Research Network menunjukkan pohon ini terbukti mempunyai kesan perubatan seperti menaikkan selera makan, membantu batuk, antihelminth, mengubati anemia, demam dan gonorrhea. Malah ia diterimapakai dan tersenarai dalam US Pharmacopeia.

(Jensen, S. R. & J. Shripsema. 2002. Chemotaxonomy and pharmacology of Gentianaceae. Pp. 573- 632. In: L. Struwe & V. A. Albert, editors. Gentianaceae – systematics and natural history. Cambridge University Press, Cambridge.)

Anda ada tips tersendiri untuk merawat jerawat? Kongsikan bersama di ruangan komen!

(Artikel ini dipetik dari Leokid.My)

Seminggu kes H1N1 naik 400 peratus
Peningkatan mendadak sehingga 400 peratus kes selesema A (H1N1) dalam masa seminggu di negara ini memaksa kerajaan mengetatkan pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang antarabangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata minggu lepas hanya 21 kes dilaporkan dengan satu jangkitan tempatan, namun hari ini jumlahnya melonjak kepada 80 kes dengan 11 penularan tempatan.

“Ini menunjukkan peningkatan 400 peratus dalam tempoh hanya seminggu, dan ia juga bermakna terdapat lompang dalam sistem pengesanan negara,” katanya hari ini seperti dilaporkan Bernama.

Tambahnya, peningkatan ketara ini disebabkan mereka yang masuk dalam negara dilihat “tidak jujur dalam pengakuan mereka” mengenai penyakit yang dihidapi, menyebabkan satu atau dua kes yang tidak dikesan mencetuskan jangkitan tempatan.

“Mereka yang merasakan ada tanda-tanda jangkitan ini perlu berlaku jujur, terutama bagi mereka yang tiba ke Malaysia dari lapangan terbang di negara yang dikesan menularnya jangkitan penyakit ini dengan serius,” katanya.

Beliau dipetik berkata mulai hari ini, semua penumpang penerbangan akan diminta mengisi kad amaran kesihatan dalam penerbangan mereka dan menyerahkan ia kepada pihak berkuasa kesihatan sebelum mereka dibenarkan melalui kaunter imigresen.

Tambahnya, pasukan kesihatan juga akan berusaha mengesan penumpang yang “kelihatan tidak sihat”.

Dr Mohd Ismail berkata, peraturan baru itu juga akan dikenakan buat penumpang yang tiba dari Filipina, Amerika Syarikat dan Australia, memandangkan ketiga-tiga negara ini mencatatkan jumlah kes jangkitan influenza A (H1N1) yang tinggi.

Beliau berkata para penumpang dari negara-negara ini akan disaring dua kali, iaitu pertama semasa mereka keluar dari pesawat, dan sekali lagi sebelum mereka sampai di kaunter imigresen.

“Kami menasihatkan mereka yang tiba dari negara-negara ini untuk mengenakan kuarantin diri untuk tempoh beberapa hari sebelum memulakan rutin biasa,” katanya seperti dilaporkan.

Beliau berkata jawatankuasa teknikal nasional mengenai wabak tersebut yang bermesyuarat hari ini juga memutuskan bahawa rakyat Malaysia yang dijangkiti dengan virus itu tidak perlu menghabiskan keseluruhan tempoh tujuh hari di hospital-hospital yang ditetapkan.

“Mereka boleh balik selepas tiga hari sekiranya mereka tidak demam, tapi mereka perlu manjalani kuarantin diri. Ini hanya dipakai bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

“Kami sedang berusaha meminimakan kemasukan ke hospital akibat jangkitan virus itu,” Dr Mohd Ismail dipetik berkata.

Di seluruh dunia, jumlah kes jangkitan virus itu sehingga kini sudah menjangkiti 53,110 orang di 99 negara dan membunuh 232 nyawa.

24 Jun 2009, Malaysiakini

Madu : Ubat Cirit-Birit Mengikut Sunnah
Seorang sahabat telah datang memberitahu Ar-Rasul bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Ar-Rasul sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Ar-Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: “Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang ber- dusta.” Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.

(Bukhari dan Muslim)

Menarik di Medik.iLuvislam.com
Kami percaya bahawa salah satu daya tarikan medik.iluvislam.com adalah temubual khas yang dijalankan oleh krew-krew kami bersama para doktor dan pensyarah perubatan. Temubual ini merangkumi bukan sahaja isu-isu semasa berkaitan perubatan tetapi juga perkongsian-perkongsian pintar untuk dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat.

Nantikan pelbagai laporan menarik hasil temuramah itu nanti. Semoga bermanfaat.

Kenapa Mahu Jadi Doktor
“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI – HARGA – KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini,  melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

56000 Kuala Lumpur

Tips Penjagaan Mata
Tips Menjaga Mata :

Hmmm….kelmarin terpaksa ummi kurangkan sedikit masa menatap skrin komputer kerana mata ummi kembali bermasalah. Entah kenapa tulisan di paparan skrin jadi ‘pecah’ kerana gangguan cahaya! Cepat-cepat ummi ‘rest’kan mata dengan cara melarikan mata dari komputer dan carik benda berwarna hijau..tatap kat ‘green colour’ tu puas-puas. He,he..Mana lak ummi dapat formula ni? Ntah le..tapi selalunya memang cara tu berkesan! Pernah juga ummi dengar ‘kalau nak mata sihat, selalu-selalulah tengok rumput dan pemandangan yg berwarna hijau’. Sebab tulah Klinik Ummi nipun dipenuhi dengan warna hijau! Tak caya? Dari warna bangunannya, warna kerusinya sampai ke warna alas peralatannyapun hijau! Malah ‘hati’ tuannyapun turut hijau! Hi,hi,hi..tak faham? Tak pelah…..Hmmm…silap-silap background blog nipun tukar jadi hijau nanti tapi saje ummi nak kasi can kat Amdang81 menghijaukan blognya dulu (Jangan marah Amdang!)…

Alang-alang dah cakap pasal tips merehatkan mata ni, mari kita kongsi satu lagi tips dari artikel di bawah :

The eye was not made to be constantly focused on close objects. If your work requires that you stare at a computer screen all day long or if you watch a lot of television, stop from time to time to do a few eye exercises.

For example :

• Roll your eyes in large circles in both directions; or

• Look over to each side as far as possible and then go from up to down; or

• Scan an imaginary text on the wall from left to right; or

• Look out the window as far as you can following the horizon then return to a point right in front of you and begin again.

In this way, you will avoid long term eye problems, you will enlarge your inner space, and relax both your eyes and your mind.

Hah! Kan dah dapat formula tu…Biasanya gitulah, kan. Sekali timbul masalah, sakan le mencari tip-tip yang dapat membantu. Masa tak sakit atau bermasalah, tengok kat tips tu sebelah mata aje. Hai manusia-manusia…

Masih Bab Mata :

Malam tadi, kan…punyalah mengantuknya ummi…ya Allah! Tak tau nak cakap betapa beratnya kelopak mata sewaktu mengimamkan puteri-puteriku bersolat isyak dan terawih! Nak kata kerja teruk di siang hari, tak de le sangat. Entah berapa kali ‘take rest’ lepas salam. Pi basuh muka..tak hilang-hilang juga ngantuknya! Lastly, Puteri 1 cakap “Biar kakak jelah jadi imam pulak ummi!” Huhuhu….anakku dah tak sabar nak perabih terawih tuh!

Nasib le terlintas di benak fikiranku…”Isyhh..Lailatul Qadar ke malam ni? Pelik sangat ngantuknya…” Lepas tu apa lagi, cerah balik le mata…rupanya manusia ni kan, bila fikir pasal ganjaran, memang cerah mata! Hai manusia-manusia…

Belajar Bersengkang Mata :

Kelmarin Along mula bercuti. Sukanya ummi bukan kepalang. Hati seorang ibu…anak di perantauan sentiasa dirindui. Sebenarnya kan, sejak Along tinggal kat asrama, ummi dah jarang-jarang masak kuih atau kek. Tak semangat! Sampai Abi cakap, “Baru Along sorang terpisah, ummi dah mogok buat kuih. Lepas ni giliran Angah pulak masuk asrama, silap-silap ummi mogok masak nasi pulak!” Huhuhu..harap-harapnya tak le sampai gitu…

Nak cerita pasal Along ni bukan apa. Semenjak 10 Akhir Ramadhan, tiap-tiap malam Abi dan Angah beriktiqaf kat masjid. Jadi bila Along balik hari ni, bertambahlah sorang lagi jemaah iktiqaf. Hati seorang ibu, bila nampak anak kepenatan baru balik dari asrama, terasa tak sampai hati nak suruh tidur kat masjid. Apa lagi selama ni dah selalu bersengkang mata belajar kat sekolah, kan.Tapi mengingatkan ganjaran yang lebih besar di hari kemudian, kutelan aja rasa terkilan dihati. Rupanya bila Abi ajak Along beriktiqaf malam tu, selamba aja Along cakap…”Jom! Kat sekolahpun Along selalu iktiqaf kat masjid malam-malam”. Alhamdulillah…lega hati ummi. Tak sia-sia ummi hantar Along ke Maahad Tahfiz….ibadat yang dirasakan ‘berat’ dah jadi ‘ringan’ bila selalu diamalkan…

Kiri dan kanan tu gambar Along, Angah dan Abi sebelum ke masjid. He,he..sempat lagi ummi snap…

Ok…ummi berenti sini dulu untuk hari ni. InsyaAllah nanti ummi sambung lagi. Walaupun singkat, mudah-mudahan ada sesuatu pengajaran dan panduan yang boleh diambil…

“Selamat Mengimarahkan Hari-Hari Akhir Ramadhan..”

Siruu ‘Ala Baarakatillah…

Dipetik dari Blog salah seorang Dr. iLuvislam.com; Dr. Zaihan Bt. Salleh